Koleksi Memori Pilihan Melayu Deli

Koleksi Memori Pilihan Melayu Deli merupakan album kompilasi yang menampilkan pelbagai artis termasuk Sharifah Aini, Sudirman Haji Arshad, Zaleha Hamid dan Herman Tino. Kebanyakan lagu daripada album ini telah diambil daripada album mereka yang terdahulu iaitu Album Melayu Deli (1982), Album Melayu Deli II (1983) dan Deli Aidilfitri (1984). Album ini dikeluarkan pada tahun 2009.[1]